Thursday, 29 November 2012

MIKROORGANISMA

Hari ini saya akan berkongsi dengan follower saya dengan bab ini- Mikroorganisma. Mikroorganisma adalah tahun 5 yang berunit 1. Mikroorganisma adalah hidupan, ia jugalah hidupan yang sangat kecil. Mikroorganisma tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop. Selain itu, mikroorganisma boleh didapati di merata-rata tempat seperti tanah, air dan udara. Terdapat pelbagai jenis mikroorganisma, iaitu bakteria, protozoa, kulat dan virus. Bakteria adalah organisma unisel, ia wujud dalam pelbagai bentuk seperti sfera, rod dan berlingkar.
Gambar yang diatas telah menunjukkan bakteria berbentuk sfera dan berbentuk rod. Seterusnya marilah kita melihat mikroorganisma yang kedua, iaitu protozoa. protozoa boleh didapati di kolah, tasik, paya dan sungai. Contoh-contoh protozoa adalah seperti paramesium, euglena, ameba dan plasmodium.

 Paramesium Euglena
 Ameba Plasmodium
 
 
Kulat kelihatan sama seperti tumbuhan tetapi tidak boleh membuat makanan sendiri. Kulat boleh didapati pada roti yang berkulat, pokok-pokok dan makanan yang basi. Ragi, kulapuk dan cendawan adalah contoh-contoh kulat.

 Ragi
Cendawan
                                                                 Kulapuk

 Virus merupakan mikroorganisma yang paling kecil. Ia hanya dapat tumbuh dan membiak dalam badan sel perumah dan pelbagai bentuk.