Friday, 14 December 2012

Asid Dan Alkali

Sifat-sifat Bahan Asid , Alkali Dan Neutral

 Semua bahan mempunyai sifat-sifat masing-masing. Bahan-bahan boleh dikelaskan sebagai bahan asid, alkali dan neutral berdasarkan sifat-sifatnya.
 
Bahan-bahan yang mengandungiasid dikenali sebagai bahan berasid, manakala bahan yang mengandungi alkali dikenali sebagai bahan beralkali. Bahan-bahan yang tidak mengandungi asid atau alkali pula dikenali sebagai bahan neutral.
 
Sifat-sifat bahan boleh ditentukan dengan menggunakan kertas litmus atau rasa mereka. Ia juga terdapat dua jenis kertas litmus iaitu kertas litmus biru dan kertas litmus merah. Bahan-bahan yang berlainan akan bertindak balas secara berlainan dengan kertas litmus.
 
 

Gambar rajah diatas telah menunjukkan bahan berasid menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah.

Gambar rajah diatas telah menunjukkan bahan beralkali menukarkan kertas litmus lembap kepada biru.


Gambar rajah diatas telah menunjukkan bahan neutral tidak menukarkan warna mana-mana kertas litmus.

Makanan yang berlainan mempunyai rasa yang berlainan. Ada makanan yang berasa manis dan ada yang masin, masam, pahit atau tiada rasa. Kita boleh membezakan rasa makanan dengan lidah kita, oleh itu, makanan yang berasid mempunyai rasa yang masam, antaranya ialah asam jawa, jus oren, brokoli, tomato, limau, dadih, cuka, buah belimbing dan lain-lain.

Makanan yang beralkali mempunyai rasa yang pahit, contohnya ialah serbuk penaik, susu magnesia, peria dan lain-lain. Bahan rumah beralkali ialah sabun, pencuci, syampu, ubat gigi dan sebagainya.

Makanan yang neutral boleh jadi manis, masin atau tidak mempunyai rasa, contohnya ialah air mineral, gula, garam, nasi dan sebagainya.



 

Wednesday, 12 December 2012

BURUJ


Buruj

Pada malam yang cerah, kita boleh melihat banyak bintang bertaburan di langit. Jika kita sambungkan bintang-bintang ini, suatu corak akan terbentuk di langit. Sekumpulan bintang-bintang yang membentuk suatu corak dilangit dikenali sebagai buruj.

Buruj adalah sangat penting untuk menunjukkan arah dan waktu. Biduk, pari, belantik dan skorpio adalah contoh-contoh buruj.

Biduk
- Biduk adalah sekumpulan tujuh bintang terang yang membentuk corak mengkuk dan pemegang.
- Dua biji bintang yang membentuk muncung mangkuk sentiasa menunjukkan arah utara.
- Biduk boleh dilihat di hemisfera utara antara bulan April dan Jun antara pulul 8.00 malam hingga 10.00 malam.
Pari
 
- Pari adalah sekumpulan empat bintang yang terang yang membentuk corak palang.
- Pari adalah buruj terkecil antara 88 buruj tetapi paling senang dikenali pasti di langit.
- Satu bintang yang paling terang dapat dilihat pada kaki Pari. Bintang ini biasanya menunjukkan arah selatan.
- Pari ini boleh dilihat di hemisfera selatan antara bulan April dan Jun antara pukul 8.00 malan hingga 10.00 malam.
Belantik
 
- Belantik adalah sekumpuali pinggan dan pedalan bintang yang membentuk corak seorang pemburu dengan tali pinggang dan pegang.
- Buruj ini juga dikenali sebagai "Pemburu".
- Tiga bintang terang membentuk tali pinggang pemburu. Garisan yang menyambungkan bintang di tengah tali pinggan ke kepala sentiasa menunjukkan arah utara.
- Belantik boleh dilihat antara bulan Disember dan Februari antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.
 
 
 
 
 
Skorpio
 
 
- Skorpio adalah sekumpulan bintang yang membentuk corak seekor kala jengking.
- Buruj ini terdiri daripada banyak bintang terang. Skorpio adalah buruj yang terbesar.
- Skorpio dapat dilihat antara bulan Jun dan Ogaos antara pukul 8.00 malam hingga 10.00 malam.