Friday, 14 December 2012

Asid Dan Alkali

Sifat-sifat Bahan Asid , Alkali Dan Neutral

 Semua bahan mempunyai sifat-sifat masing-masing. Bahan-bahan boleh dikelaskan sebagai bahan asid, alkali dan neutral berdasarkan sifat-sifatnya.
 
Bahan-bahan yang mengandungiasid dikenali sebagai bahan berasid, manakala bahan yang mengandungi alkali dikenali sebagai bahan beralkali. Bahan-bahan yang tidak mengandungi asid atau alkali pula dikenali sebagai bahan neutral.
 
Sifat-sifat bahan boleh ditentukan dengan menggunakan kertas litmus atau rasa mereka. Ia juga terdapat dua jenis kertas litmus iaitu kertas litmus biru dan kertas litmus merah. Bahan-bahan yang berlainan akan bertindak balas secara berlainan dengan kertas litmus.
 
 

Gambar rajah diatas telah menunjukkan bahan berasid menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah.

Gambar rajah diatas telah menunjukkan bahan beralkali menukarkan kertas litmus lembap kepada biru.


Gambar rajah diatas telah menunjukkan bahan neutral tidak menukarkan warna mana-mana kertas litmus.

Makanan yang berlainan mempunyai rasa yang berlainan. Ada makanan yang berasa manis dan ada yang masin, masam, pahit atau tiada rasa. Kita boleh membezakan rasa makanan dengan lidah kita, oleh itu, makanan yang berasid mempunyai rasa yang masam, antaranya ialah asam jawa, jus oren, brokoli, tomato, limau, dadih, cuka, buah belimbing dan lain-lain.

Makanan yang beralkali mempunyai rasa yang pahit, contohnya ialah serbuk penaik, susu magnesia, peria dan lain-lain. Bahan rumah beralkali ialah sabun, pencuci, syampu, ubat gigi dan sebagainya.

Makanan yang neutral boleh jadi manis, masin atau tidak mempunyai rasa, contohnya ialah air mineral, gula, garam, nasi dan sebagainya.



 

12 comments:

  1. Murid-murid selalu keliru dalam bab ini, saya berharap maklumat ini dapat membantukan guru.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Cikgu Chuah!Perkongsian maklumat yang amat bermanfaat untuk semua.Terima kasih kerana cikgu amat baik hati untuk membantu kita juga.Harap cikgu dapat sentiasa mempaparkan maklumat yang berguna seperti ini untuk memanfaatkan kita.

    ReplyDelete
  3. Blog cikgu mempunyai nota yang amat baik....

    ReplyDelete
  4. Saya juga sangat berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi maklumat kepada follower saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, terima kasih juga kerana sudi berkongsi maklumat yang bermanfaat dan berguna untuk kita.Betapa bahagia dan gembira dapat menjadi pengikut cikgu.Tahniah Cikgu Chuah,blog cikgu baik dan padat dengan maklumat.

      Delete
  5. Thanks for sharing, this information is very useful to me.

    ReplyDelete
  6. Nota yang lengkap dan berfaedah, terima kasih!

    ReplyDelete